www.PRU-13.com

Saturday, December 22, 2012

PROGRAM PENGIKTIRAFAN VETERAN 1MALAYSIA BUKTI KERAJAAN PRIHATIN MASALAH BEKAS TENTERA.



7 INISIATIF BARU MEMBELA NASIB DAN MENJAGA KEBAJIKAN VETERAN TENTERA DAN KELUARGA MEREKA

1) Program Penempatan kerja untuk Veteran
    -GLC,seperti Boustead Holdings (267 pekerjaan),Sime Darby (371 peluang pekerjaan) Dijangka 4,300 kekosongan jawatan akan di senaraikan tak lama lagi. Veteran hanya perlu berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk mendapat peluang pekerjaan.

2)Program Bimbingan Usahawan Veteran
-  Penawaran Francais dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

3) Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera   (PERHEBAT) oleh Industri.
- Peruntukan awal RM 3.5 Juta di uruskan oleh Tekun Nasional

4 Kad Privilege 1Malaysia 
- Membeli produk dari 282 Syarikat pada harga Diskaun.

5) Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia
- Di 31 Kem atau Pengkalan Tentera,Veteran Tentera akan mendapat kemudahan akses maklumat, pertolongan dan bantuan yang boleh di berikan.

6) Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia
-  Meningkatkan pendapatan keluarga Veteran yang berpendapatan rendah. Inisiatif  di laksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui program 1AZAM yang meliputi Azam Kerja dan Azam Niaga.

7) Program Membaik pulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia.
-  Program di laksanakan menerusi Kor Jurutera ATM, manakala peruntukan di sediakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Anggaran 49 rumah dibina dan di baikpulih tahun ini, manakala 100 rumah tahun depan.

Fakta: 300,000 Veteran Tentera dan Keluarga akan mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment