www.PRU-13.com

Wednesday, December 5, 2012

PKR TAK SUKA POLIS RAMAI RAMAI?


Baru -baru ini Naib Presiden Keadilan (PKR) Nurul Izzah Anwar membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah, mereka akan membekukan pengambilan baru anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa. Reaksi daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mortaza Nazarene menafikannya dengan mengatakan bahawa nisbah anggota polis dengan penduduk negara ini ialah 500 setiap satu anggota  dan ini menjadikan satu beban tanggungjawab polis tinggi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pihak pembangkang menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu terutama soal keselamatan dan pertahanan. Biarlah mereka yang berkaitan dengan perkara ini bercakap mengenai nya. PRU13 dapati bahawa ketidakmatangan pemimpin PKR cukup terserlah kebelakangan ini apabila seringkali membuat kenyataaan yang "lemau". Adakah mereka kini kurang modal?

Di platform media sosial Malaysia, seperti Facebook,twitter dan blog, kita dapati banyak cybertroopers PAKATAN PEMBANGKANG mula menyepikan diri dan menukar gambar-gambar profil agar tidak di kenali. Minggu lepas kita melihat bagaimana tweeteratis-tweeteratis pakatan pembangkang di serang teruk dan gagal menjawab. Di Fb pula, kalangan facebookers mereka telah menukar topik perbincangan dari politik ke hal-hal perniagaan MLM atau pun mengenai hal makanan. Mungkinkah juga kerana elaun mereka tidak di bayar seperti yang di janjikan?

Cybertroopers BN pula nampaknya lebih bersemangat kali ini setelah Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO telah memberikan penghargaan dan penghormatan di atas usaha dan pengorbanan mereka selama ini. Saya lihat "Virtual Army" Pro BN ini dari kalangan Unit Khas Politik seperti UMB dan juga Militia-Militia Cyber telah menampakkan penyatuan untuk melawan serangan di Arus Media Alternatif. Apatah lagi apabila Naib Presiden YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah memalu gendang perang dan menukar "MODE" kepada PEPERANGAN !


No comments:

Post a Comment