www.PRU-13.com

Saturday, December 29, 2012

APA SEBENARNYA PERHIMPUNAN OREN NIE?


Kecoh betul semalam kawan- kawan dari dalam negara dan luar negara tanya mengenai Perhimpunan Oren -oren ni. Saya yang kebetulan sedang demam beberapa hari ini beranggapan bahawa Raya Cina lambat lagi. Mungkin Preview atau Pre Launch  CNY kot! Dalam suasana pening kepala serta sakit sendi saya pun "search" la apa yang patut.
Laaa...dia buat pulak! Macam kebiasaan mereka datang dengan bas atau pengangkutan yang di taja (mungkin dengan duit poket) Bila tiba di destinasi mereka akan di beri penerangan dan sebagainya . Selepas itu khabarnya ada beg plastik di hulurkan. Ada oren ke? Bukan ..rupanya itu lah  collection bag untuk mereka yang ikhlas untuk menderma. Derma lagi?Kemudian, bila dah berarak ke destinasi ( Lupa nak sebut, kali ni mereka berarak ke Pejabat Felda  di Jalan Semarak).
Ok, geng ini di panggil ANAK dan rombangan mereka di sambut pula oleh Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Ibarat majlis perkahwinan , cuma pengantinnya je tak ada.


Saya pun tak pasti apa yang seronok sangat perhimpunan Oren yang takde buah Oren nie? Adakah mereka ni mangsa -mangsa banjir yang di culik ke KL? Takkan peneroka Felda banyak masa suka suka nak buat kecoh di pejabat Felda? Kalau ada yang tak puas hati sekalipun,datanglah cara tertib dan ikut tatasusila atau tatacaranya (Tak perlu sepanduk Felda, Chelsea  dan lain lain)
Anwar (bukan nama sebenar) yang ada di sana ketika itu hanya mendengar menjerit ANAK, ANAK,ANAK sampai jadi perkataaan NANG NAK...!
Actually sebenarnya apa yang di orang NAK? PRU 13 ka?

                                               KAMI NAK BUAH OREN......

Di pendekkan ceritanya, dalam pergaduhan dan pertelingkahan begini siapa agaknya yang untung?


DAN SIAPA AGAKNYA YANG SEDAP MAKAN? Renung-renungkan..(Gambar di atas sekadar hiasan)

1 comment:

  1. yang untung pemungut derma laaa pas tu duit tu masuk dalam bank rup poket... yang kenyang puak2 yang dapat duit tu laaa apa betul jawapan yang hamba berikan tu hehehehehe

    ReplyDelete