www.PRU-13.com

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa Isu GAZA ni senyap je PKR,PAS?

Sejak serangan Israel ke atas Wilayah Palestin 15 Nov lepas yang telah mengakibatkan 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua serta turut mencederakan beratus yang lain,Kita dapati sunyi sepi jer daripada pihak sebelah sana ( PAS,PKR) . Cybertroopers mereka pun membisu jer,seolah ada arahan dari "langit " yang melarang mereka untuk memberi komen-komen pedas terhadap isu ini. Apa yang kami tahu, hanyalah satu majlis berdoa beramai ramai memohon membawa bala kepada UMNO? Pada hemat saya, apalah salahnya jika di doakan agar keamanan di bawa ke bumi Palestine. Ada yang kata mereka terpaksa main tarik tali dan "play safe" takut nanti kot funding kena tarik semula...betul ke?

Mujurlah ada Pemimpin UMNO seperti Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cukup " Jantan" dan bersedia untuk menghantar Tentera Pengaman kita ke Gaza sekiranya di minta oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata bahawa kita telah berjaya buktikan bahawa angkatan tentera kita bersedia dan terkehadapan untuk mewujudkan keamanan. Syabas juga di ucapkan kepada PERKASA yang telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan doa serta tahlil sempena tragedi ini. Tahniah juga kita ucapkan kepada Perdana Global Peace Foundation yang telah mengadakan program "War Crime Hearing Commision On Palestine" yang telah memberi kita pandangan serta pemahaman dari aspek perundangan antarabangsa mengenai kekejaman ini.

Semoga PRU 13 ini dapat membuka mata serta minda pengundi agar memilih Kerajaan yang betul dan janganlah kita mengambil risiko dengan percaya kepada manifesto-manifesto yang palsu lagi menyesatkan kita... (Pesan Editor: Kalau anda SESAT..sila jalan terus ikut BARISAN. Jangan pusing di BULATAN..) Nah...Ambil Ubat !

No comments:

Post a Comment