www.PRU-13.com

Wednesday, October 17, 2012

PERBELANJAAN PERTAHANAN ATM TIDAK SIA-SIA..


Teringat saya pada satu lagu patriotik yang popular dan kerap saya nyanyikan semasa bersekolah dahulu. Ia membangkitkan suatu semangat dan membakar perjuangan muda saya pada ketika itu agar sayangkan negara ,sayangkan Ibu Pertiwi.

SEMBOYAN ANGKATAN LAUT KITA
DI SAMUDERA RAYA,
MENJAGA PANTAI IBU PERTIWI,
DARI ANGKARA MURKA

Hari ini  pada 14hb Oktober,saya menyaksikan sendiri dan mengenali dengan lebih terperinci mengenai       perjuangan di Samudera Raya. Seawal jam 7:00 pagi, kami telah berangkat dari Lapangan Terbang TUDM Subang bersama rombongan YB Menteri Pertahanan berserta Editor Kanan dan petugas Media menuju ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.Penerbangan selama 3 jam setengah menaiki C130 merupakan suatu pengalaman istimewa. Setibanya di sana kami telah di bawa ke Markas Angkatan Kapal Selam dan di sambut oleh Tan Sri Panglima Tentera Laut Malaysia. Yb Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan telah menganugerahkan Sijil dan Insignia Kepakaran Kapal Selam Tentera Laut Di Raja Malaysia kepada pelatih yang terpilih. 5 Anak muda Melayu telah diiktiraf sebagai Pakar setaraf Professional Antarabangsa..saya cukup berbangga!

Suatu masa dahulu,heboh telah di perkatakan tentang perbelanjaan besar Kerajaan  Malaysia ke atas pembelian Kapal Selam milik TLDM. Kini setelah melihat sendiri saya bertambah yakin dan percaya bahawa usaha Kerajaan Malaysia dan ATM dalam Memperkasakan Pertahanan Negara adalah tidak sia -sia, malah saya berharap agar di peruntukkan lebih lagi di masa akan datang. Angkatan Kapal Selam TLDM yang telah di tubuhkan pada 1hb Januari 2009 merupakan satu lambang kebanggaan kita.


Bayangkan kekuatan (strength) di Markas Wilayah Laut 2 (Dulu dikenali sebagai Commander Naval Force East Malaysia,COMNAVEAST) yang meliputi 2 kapal peronda skuadron generasi baru,2 buah Kapal Selam,10 buah kapal ronda laju,1 Kapal tunda dan 12 bot tempur. Saya mendengar penjelasan yang di berikan oleh Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar,Panglima Tentera Laut Malaysia dengan penuh minat dan saya yakin dengan kepimpinan serta komitmen beliau TLDM akan lebih unggul di Persada Antarabangsa. Saya berasa cukup kesal dengan kenyataan pihak -pihak tertentu yang mempersoalkan tentang bajet Pertahanan Negara ,sememangnya mereka tidak faham dan tidak mempunyai fakta yang jelas tentang isu ini.


Saya sempat menemubual Capt. Dournier Jean Louis dari French Navy sebagai pegawai yang di tugaskan membantu TLDM Malaysia bagi merealisasikan program Angkatan Kapal Selam. Beliau menjelaskan bahawa sepanjang beliau bertugas di Malaysia, beliau kagum dengan komitmen Pihak Kementerian Pertahanan yang perihatin dan sensitif terhadap teknologi serta penambahbaikan sistem Pertahanan Negara. Malaysia adalah Negara yang bertuah mempunyai Angkatan Kapal Selam yang tersendiri dan mempunyai sistem latihan modal insan yang terbaik. Tidak banyak negara yang mampu mewujudkan Angkatan Kapal Selam sendiri. " It was an Incredible Achievement for Malaysia to have the Submarine Division within a short period of time" Kata beliau. Di negara Perancis, 60% dari bajet Tentera laut akan di allocate kepada Unit Kapal Selam.



Akhirnya saya ingin merakamkan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam program ini, juga kepada Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Dato'Pahlawan Mohammad Rosland Omar dan juga kepada Panglima Angkatan Kapal Selam ,P/Laksamana Pertama Abdul Rahman Bin Hj Ayob kerana sudi menerima kedatangan kami .

No comments:

Post a Comment