Baru -baru ini di Pulau Pinang saya di hantar sekeping gambar sewaktu program BN pilihan orang muda. Saya berasa kagum apabila melihat pemimpin -pemimpin tertinggi parti seperti YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama AJK-ajk negeri yang lain sedang duduk bersila berdialog dengan hadirin yang hadir. Ibarat resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk. Persepsi yang mengatakan bahawa pemimpin politik sombong adalah tidak benar sama sekali.
Saya di ajar oleh seorang Tuan Guru pondok di Kedah untuk melihat keikhlasan seorang pemimpin itu , kita lihat pada air muka nya yang menunjukkan ketenangan serta matanya yang redup. Maka teknik melihat wajah ini saya amalkan dan melihat kepada semua pemimpin dari kalangan Parti memerintah dan juga Pakatan Pembangkang. Ada yang ok, dan ada yang sangat tak ok!
Selaku pengamal serta penggiat Media Sosial di Malaysia, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi kerana bertindak pantas ke atas satu aduan yang hanya di terima melalui laman twitter sahaja. Khabarnya rumah ibu mertua si pengadu telah di hempap pokok dan mengalami kerosakkan yang teruk. Laman Media Sosial seperti facebook dan twitter sebenarnya amat berguna jika di manfaatkan secara betul dan bijak. Mujurlah Dato Seri yang mempunyai kelulusan Phd dalam bidang Media dan Komunikasi memahami kegunaan dan kepentingan Media Sosial ini. Syabas YB Dato Seri.
Sila follow beliau di twitter : twitter.com/Zahid_Hamidi



dato sri zahid hamidi memang disenangi sikapnya. kabarnya bila beliau balik ke kawasannya bagan datoh beliau akan mengimamkan solat masyarakat di tempat tersebut jika ada kesempatan ruang dan peluang. syukur pemimpin yang sebegini yang kita inginkan. iman bukan setakat diukur pada pakaian semata juga pada niat dan amalan sekali. syabas dato sri. semoga kedudukan dan pangkat dunia yang dimiliki tidak membuatkan dato sri lari kesasar dari landasan hidup sebenar.
ReplyDelete