www.PRU-13.com

Friday, September 28, 2012

YB LANGKAWI TERLEPAS DARI SUMPAHAN?


Terkejut saya apabila rakan dari Pulau Lagenda menelefon saya dan memberitahu bahawa Adun Kuah,Langkawi dah tak kena sumpah. Haaa? Bukan dan habis 7 keturunan ke sumpahan dulu. Bila gambar in di forwardkan barulah saya faham apa maksudnya. Rupanya jalan di Pantai Cenang Langkawi itu telah merekah dan rosak dan YB Dato Ir Nawawi Ahmad telah memanggil Majlis Perbandaran Langkawi serta pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini. Yb sendiri hadir membawa kamera untuk mengambil gambar kerosakkan jalan di sekitar itu. Maka terlepaslah beliau dari sumpah seranah dari pengguna jalan di sana yang akan mengalami kemalangan sekiranya perkara ini tidak di ketahui dan di tangani awal....

Inilah satu contoh yang baik perlu di teladani oleh YB-YB atau bakal Yb yang lain. Jangan sampai masyarakat komplen dan masuk tv atau suratkhabar baru nak bertindak. Semoga Pulau Lagenda ini terus terpelihara di bawah pentadbiran Wakil Rakyat yang suka berkhidmat seperti  Dato Ir Nawawi Ahmad. Tidak cukup dengan tugasan luar,pulang ke rumah beliau melayan pula pertanyaan atau keluhan di Media Baru seperti Facebook. Tidak hairanlah baru -baru ini beliau di nobatkan sebagai Malaysia Social Media Icon Award dalam kategori Politik, memiliki rating KLOUT yang ke 2 tertinggi selepas Perdana Menteri Malaysia iaitu 78 points.
www.facebook.com/nawikawifb.

1 comment: