Monday, May 20, 2013
JANGAN MELIWAT PEMIKIRAN RAKYAT..
Thursday, May 9, 2013
Apa Yang Tak Kena Pada Gambar Ini?
CUBA ANDA TEKA APA YANG TAK KENA DENGAN GAMBAR INI?
(Kata pembayangnya ialah Kabel wayar)
Buat makluman, si tukang edit gambar ni buat kerja tak senonoh langsung,agaknya masih sekolah kot!
Pesanan : Kalau nak tipu sekalipun, berpada-padalah ya.. Bukan semua orang bodoh!
Saturday, May 4, 2013
Pilihanraya, JalanRaya atau Hantu Raya?
Perjalanan dari Lembah Keramat ke Taman Melawati sepatutnya hanya mengambil masa 5 minit tapi hari ini perjalanan kami mengambil masa yang lebih lama. Maklumat yang kami terima kerana ada accident atau yg berkaitan, tetapi katanya ada hantu di bawah jambatan flyover. HANTU apa siang siang ni?
Gambar yang kami sertakan ini cukup untuk menceritakan situasi ini. INI bukan seram tapi Geram! Nampaknya pihak Pakatan Pembangkang sudah sangat terdesak sekarang ini bila di khabarkan bahawa mereka bakal kalah di Parlimen serta Dun di Gombak dan Hulu Kelang. Persoalannya mengapa perlu melakukan aksi aksi seperti "beruk" dan menganggu lalulintas pada waktu waktu begini.Tambahan lagi seolah olah mengeksplotasi pelajar pelajar untuk sesuatu yang tidak berfaedah seperti menjadi Hantu Raya@pilihanraya.
Tuesday, April 30, 2013
Apa terjadi bila Ahli Parlinen turun ke Dun?
Pasar Petang di Taman Cendana, Permas memang popular dengan jualan kuih serta makanan yang sedap sedap. Sedang kami menjamah makan nasi lemak serta paru rebus special, kami terlihat Dato Seri Khaled Nordin sedang berjalan berseorangan menghampiri gerai menjual makanan.Peniaga di situ pun tidak menyangkakan beliau.
Berpakaian sederhana dan berjalan tanpa pengiring dan ada kalanya memberikan senyuman manis kepada pengunjung yang hadir.Aura Dato Seri kini cukup berbeza, seolah kita berjumpa dengan rakan lama yang kita rindui.
Sejak Dato Seri Khaled di umumkan sebagai calon di Dun Permas Johor, saya lihat dia lebih bersantai dan bersahaja umpama seorang guru berjumpa bekas anak muridnya.Desas -desus mengatakan bahawa beliau akan di lantik menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Johor.Sekiranya ini benar, rakyat Johor pasti akan selesa dan bertuah mendapat Seorang Menteri Besar yang berwawasan jauh.
Friday, April 26, 2013
CALON PRU 13 DI LELONG?
Ini bukanlah sebenar-benar lelong,tetapi ini ialah kempen pilihanraya bersempena Pilihanraya yang bakal berlangsung pada 5hb April ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana peniaga berbangsa Cina ini dengan cara terbukanya berkempen untuk calon BN di Bagan Datok. Walaupun sedang berniaga di pasar malam,beliau tidak berasa segan untuk berkempen untuk calon pilihannya iaitu Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Shahrul.
Sejak kebelakangan ini, kita melihat suatu senario yang positif di mana sokongan terhadap BN oleh pengundi Cina telah bertambah. Ini membuktikan bahawa visi dan transformasi yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri kita berjaya di fahami oleh semua pengundi pengundi. Pendekatan dan penjelasan yang mudah serta konsisten oleh jentera pilihanraya BN telah mula menampakkan hasil.
Dari satu perspektif yang lain pula, kita mulai melihat anak- anak kecil sudah mula memahami apa itu patriotisme. Baru baru ini di sebuah Padang permainan kanak-kanak di sekitar Dun Hutan Melintang, Bagan Datok saya terdengar kanak-kanak kecil menyanyikan lagu Negara ku serta Barisan Kita secara berulang-ulang semasa mereka sedang bermain. Nilai- nilai positif ini mula terlihat sejak peristiwa berdarah di Lahad Datu di siarkan. Insyallah generasi akan datang akan lebih patriotik dan sayangkan negara,dan sekiranya di asuh serta di bimbing dengan baik, mereka mampu menjadi pemimpin peminpin yang dinamis dan berwawasan.
Tuesday, April 23, 2013
Siapa Kata Pengundi Cina tak Sokong BN?
Setibanya kami di SRJK (C) Johor Jaya kami terkejut dengan sambutan yang di berikan oleh warga Pasir Gudang kepada Program anjuran Barisan Nasional Pasir Gudang.
Ucapan semangat yang di sampaikan oleh Yb Dato Seri Khaled Nordin mendapat perhatian pengundi pengundi Cina yang hadir. Jika tidak silap saya (kerana ceramah di sampaikan dalam bahasa Cina) ucapan seterusnya daripada Dato Wee Ka Siong meyakinkan pengundi agar terus menyokong BN. YB Dato Seri Khaled Nordin seterusnya menyampaikan watikah kepada NGO-NGO yang menyokong BN. Kami merasa berbangga melihat Pemimpin UMNO diberikan penghormatan sedemikian rupa. Johor Pasti Milik BN !
Monday, April 1, 2013
NADI DIALOG BERJAYA UBAH PERSEPSI NEGATIF GOLONGAN PROFESSIONAL
Di bawah konsep " Berdialog Dengan Cara Yang Terbaik" (Al-Quran Surah An -Nahl:125) beberapa siri perbincangan angkatan professional dan intelek dari Lembah Kelang telah di laksanakan. Dialog yang tidak bersandarkan kepada disiplin ilmu boleh menyumbang kepada ketegangan dan huru-hara,sebaliknya "DIALOG" yang teratur dan berdisiplin boleh menjadikan masyarakat lebih produktif dan progresif. Memandang kepada pergelutan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan yang melanda masyarakat ini,adalah sangat perlu di wujudkan satu mekanisma yang bertindak sebagai "nadi " atau "sendi"kepada pengurusan "dialog" itu.
Zaman untuk bergantung kepada retorik yang mengkhayalkan sudah berlalu. Sekarang kita berhadapan dengan perubahan teknologi yang sangat pantas dan "Dialog" mestilah juga berubah formatnya mengikut rentak semasa. Pada 30 hb Mac yang lalu NADI Dialog Malaysia yang di terajui oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menganjurkan sebuah forum "Masa Depan Kita: Cabaran Keselamatan" Dengan tajuk ini maka telah tersingkaplah bidang -bidang yang mesti di tangani dengan lebih serius oleh setiap anggota masyarakat untuk menyelamatkan Agama, Bangsa dan Tanahair dari tersepit dalam perangkap kerakusan kuasa dan nafsu dengan mengorbankan nilai-nilai SEJAGAT. Antara yang hadir ialah Y.Bhg Tan Sri Abdul Rahim Noor, Y.Bhg Lt Gen (B) Datuk Seri Panglima Zaini bin Md Said, Y.Bhg Dato Nakahei Hj Ahmad, Tan Sri Azizi Shamsuddin, Moderator ialah Dato ' Dr Ismail Ibrahim.










